Dikuasakan oleh Blogger.

29 September 2010

AMARAN DARI PUBLIC GOLD



Berikut ini adalah amaran yang dikeluarkan oleh Public Gold terhadap tindakan segelintir orang yang menggunakan nama atau produk Public Gold untuk mengajak orang awam melibatkan diri dalam pelaburan emas dengan cara yang salah.

Ingat! Berhati-hati dengan strategi pelaburan yang ditawarkan kepada Anda. Kerana orang yang paling bertanggung jawab ke atas wang Anda adalah Anda sendiri, bukan orang lain. Pilihan ada di tangan Anda.

To save your family, buy gold!
To help our nation, keep gold!
To follow your religion, use gold!
Louis Ng, Founder of Public Gold

28 September 2010

TIDAK TAHU MELABUR EMAS



Manusia bertindak berdasarkan apa yang dia tahu, apa yang dia mahu dan apa yang dia mampu. Seseorang tidak melibatkan diri dalam pelaburan emas juga kerana dia belum tahu kelebihan melabur emas. Atau doa sudah tahu kelebihan melabur emas tapi belum mahu bertindak, masih mahu menunggu dan melihat dulu. Atau sudah tahu dan mahu tapi belum mampu.

Dalam entry kali ini akan menekankan pembahasan aspek tahu dalam pelaburan emas. Kerana pelaburan ilmu menjadi suatu kemestian sebelum melibatkan diri dalam apa jua pelaburan. Azizi Ali di dalam bukunya "Get into Gold" mengatakan bahawa beliau pernah kehilangan wang pada kali pertama melabur emas. Salah satu puncanya adalah ilmu dan pengetahuan yang sangat sedikit tentang emas.
"Manusia menjadi musuh kepada perkara yang tidak diketahuinya", mutiara hikmah Sayyidina 'Ali dalam kitab Nahj al-Balaghah.

Jika kita membuat keputusan yang salah dan menyebabkan kerugian dalam pelaburan hanya disebabkan kekurangan ilmu tentangnya, kita akan menyesal dan akan mengingatinya sepanjang hayat. Tentu sahaja kita tidak perlu mengalami kerugian terlebih dulu barulah tergerak hati untuk mempelajari pelaburan tersebut.

Jadi, untuk mengoptimakan keuntungan serta mengelakkan kerugian dalam apa jua pelaburan, kita perlu mendalami ilmu tentangnya. Dengan begitu kita akan tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu, apa boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Sebagai permulaan, kita boleh mencari maklumat di internet dengan bantuan Google. Tapi untuk lebih mudah, saya mencadangkan supaya Anda membaca artikel-artikel pada blog jutawanemas.com. Kerana pada awalnya saya juga banyak mendapat ilmu tentang pelaburan emas dari blog tersebut. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

An Idiot repeats his mistakes.
A smart person learns from his mistakes.
But a genius learns from the other's mistakes.

21 September 2010

CERITA WANG







Video di atas menceritakan tentang:
  • Sistem kewangan adalah sebuah penipuan yang terancang.
  • Bagaimana wang kertas (fiat) dicipta dan polisi yang mengawalnya.
  • Mengapa inflasi boleh wujud dan akan terus wujud.
  • Penggunaan interest (bunga/faedah/riba) adalah punca masalah kewangan.
Hutang adalah senjata yang digunakan untuk menguasai dan memperhamba masyarakat dan interest (riba/bunga/faedah) adalah peluru utamanya. [Video Part 2 - 09:47]

Walaupun video ini menceritakan apa yang berlaku di Amerika tetapi proses yang hampir sama juga digunakan di mana-mana negara dan kesan yang berlaku juga sama, iaitu:
  • Inflasi yang berterusan.
  • Harga barang semakin melambung.
  • Wujudnya ketidakseimbangan.
  • Melahirkan masyarakat yang pentingkan diri sendiri.
Kegagalan membayar hutang dan bankrup secara amnya terbina dengan sendirinya di dalam sistem kewangan dan akan sentiasa ada orang miskin dan teraniaya di dalam masyarakat. [Video Part 2 - 04:02]

09 September 2010

MEMBELI CINCIN DI KEDAI EMAS AISHAH



Hari Khamis 9 September 2010, sehari sebelum Hari Raya Aidil Fitri dan dua hari sebelum pernikahan saya cukup 3 bulan, saya ingin membeli cincin untuk isteri saya sebagai hadiah hari raya sekaligus sebagai hadiah pernikahan kami. :) Saya menikah pada 11hb Jun yang lepas. Bagi sesiapa yang ingin membaca tentang pernikahan saya, sila baca MENYESAL SETELAH MENIKAH?

Setelah mencari dan membandingkan beberapa kedai emas di sekitar Seremban, akhirnya pilihan saya dan isteri jatuh pada Kedai Emas Aishah yang berada di Plaza Ampangan, Seremban. Kenapa saya memilih kedai tersebut?
  • Harga yang berpatutan. Emas 916 (22 karat) RM 131/gram. Harga mengikut FGJAM pada masa itu adalah RM141/gram
  • Upah yang murah. Saya membayar RM 29.66 untuk upah cincin itu, termasuk untuk pengubahsuaian saiz cincin.
  • Bentuk (design) yang cantik dan menarik.
  • Kepunyaan Melayu Muslim. Bayar zakat, insya Allah. :)
  • Layanan yang mesra.
P/s:

Kalau ada kedai emas milik orang Islam, kenapa membeli daripada kedai emas milik orang bukan Islam? Pada pandangan saya tak mengapa mahal sedikit (bukan mahal banyak!) kerana orang Islam insya Allah bayar zakat. Tapi saya rasa harga di Kedai Emas Aishah adalah berpatutan. :)

Maklumat lanjut tentang Kedai Emas Aishah:
Kedai Emas & Permata Aishah Ibrahim (MA 0065830-K)
GF 16, Ground Floor, Plaza Ampangan 70400 Seremban
Tel: 06 767 7277

Untuk makluman semua, saya tidak dibayar sedikitpun oleh Kedai Emas Aishah untuk tulisan ini. :D Pada saya, sharing is caring. :)

07 September 2010

FUNGSI WANG



Wang sepatutnya memiliki 3 fungsi utama, iaitu: Sebagai medium of exchange (alat untuk bertukar barang), sebagai unit of account (unit matawang) dan sebagai store of value (menyimpan nilai). Yang menjadi persoalan adalah apakah wang kertas yang kita gunakan sehari-hari memiliki ketiga fungsi ini?
Fungsi sebagai medium of exchange? Jawapannya, ya! Wang kertas sah dan digunakan dalam urus niaga.

Fungsi sebagai unit of account? Jawapannya, ya! Walaupun hal ini masih perlu dipersoal kerana salah satu prinsip akaun adalah konsisten, sedangkan nilai wang kertas tidak pernah konsisten konsisten.

Fungsi sebagai store of value? Untuk yang ini jawapannya adalah tidak! Kerana nilai wang kertas secara perlahan tapi pasti akan berkurangan disebabkan oleh inflasi. Pada keadaan normal, kadar inflasi adalah sebanyak 5% dalam setahun. Namun pada masa kemelesetan ekonomi atau kegawatan politik, kadar inflasi boleh meningkat berkali-kali ganda.

Jadi bagaimana untuk menyelamatkan nilai wang kita daripada dirompak oleh inflasi? Tukar wang Anda kepada emas, sama ada dalam bentuk jongkong atau dinar. Kerana nilai emas telah terbukti kalis terhadap inflasi.


P/s:

Ingin tahu lebih jelas tentang inflasi, sila baca di [sini].

05 September 2010

DUIT VS EMAS



Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan pada kami, Syahib Bin Gharqadah menceritakan pada kami, ia berkata, "Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu Dinar kepadanya untuk membeli seekor kambing. Lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia menjual seekor kambing dengan harga satu Dinar. Ia kembali (kepada Nabi) dengan membawa satu Dinar dan seekor Kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya, bahawa seandainya 'Urwah membeli tanah sekalipun, ia pasti mendapat untung'." (H.R. Bukhari, No. 3642)

Dari hadith tersebut dapat disimpulkan bahawa pada zaman Nabi Muhammad SAW harga seekor kambing adalah satu Dinar. Kesimpulan ini diambil dari fakta bahawa Rasulullah SAW adalah orang yang sangat adil, tentu beliau tidak akan meminta ‘Urwah membeli kambing dengan wang yang kurang atau lebih.

Walaupun ‘Urwah boleh membeli dua ekor kambing dengan wang satu Dinar Emas, ini mungkin disebabkan kepandaiannya dalam berniaga, sehingga dalam hadith tersebut ia didoakan khusus oleh Nabi SAW. Tapi kemudian terbukti ‘Urwah pun menjual salah satu kambing tersebut dengan harga satu Dinar Emas. Kerana di manapun dan sampai bila-bila akan ada kambing yang berbeza dari segi berat, ukuran dan jenisnya. Kita anggap sahaja kambing yang dimaksud pada hadith di atas adalah kambing bersaiz sederhana.

Itu harga kambing dalam Dinar Emas. Tapi berapa harga kambing dalam mata wang lainya? Harga kambing 10 tahun lepas, sekarang atau 10 tahun lagi akan semakin mahal. Dengan RM 150 ribuan pada 10 tahun lepas, kita boleh membeli seekor kambing. Tapi sekarang harga kambing 3-4 kali lebih mahal dan akan terus bertambah mahal. Padahal harga kambing dalam Dinar Emas pada zaman Nabi SAW, sekarang dan bahkan pada masa yang akan datang adalah kekal.
Jadi, apakah wang yang kita pergunakan sehari-hari memiliki fungsi sebagai
store of value
(m
enyimpan nilai
)? Dari penjelasan di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa jawapannya adalah TIDAK. Setiap saat secara perlahan dan pasti nilai wang dirompak oleh perompak yang tidak akan pernah ditangkap oleh polis kerana perompak tersebut bernama INFLASI.

Ketika inflasi berlaku, masyarakat mengeluh kerana semua harga barang menjadi semakin tinggi. Padahal bukan harga barang yang naik tapi nilai wang yang jatuh. Tapi nilai emas tidak begitu. Nilai emas akan tetap, sama seperti harga barang sebagaimana keterangan di atas bahawa harga kambing dulu, kini dan akan datang adalah kekal 1 Dinar Emas.

Dalam pemerhatian saya, krisis ekonomi yang mengakibatkan inflasi besar-besaran akan berlaku dalam 10 tahun sekali. Sebelum ini pernah berlaku pada tahun 1997 dan 2008. Untuk itu, saya mencadangkan jika Anda memiliki simpanan wang yang banyak supaya menyimpannya dalam bentuk emas. Emas tersebut boleh dalam bentuk jongkong ataupun Dinar Emas.

01 September 2010

BERMULANYA LANGKAH EMAS



Assalamu 'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh

Saya mula mengenal pelaburan emas sejak menyertai Seminar Berkebun Emas oleh Rully Kustandar, salah seorang mentor saya di Entrepreneur University, pada bulan Ogos 2008. Pada masa itu saya masih lagi di tahun akhir pengajian saya di peringkat ijazah sarjana muda. Saya belum ada wang untuk melabur dalam emas.

Tapi setelah mendapat pendedahan dari seminar tersebut, saya mula mempelajari dengan lebih mendalam tentang pelaburan emas. Dalam pencarian saya tentang maklumat pelaburan emas, akhirnya saya terjumpa dengan blog jutawanemas.com yang banyak mendedahkan kepada saya tentang pelaburan emas di Malaysia.

Bermula pada 11 Februari 2010 yang lepas, saya telahpun memulakan pelaburan emas pertama saya dengan membeli sebuah Public Gold 20gr bernombor siri P 004729 dengan harga RM 2633 (termasuk kos penghantaran RM 10). Seminggu yang lepas, saya baru sahaja membeli lagi Public Gold 20 gr dengan harga RM 2840 (termasuk kos penghantaran).

Kini selepas 2 (dua) tahun sejak mula mempelajari, mengikuti serta terlibat langsung dengan perkembangan dunia pelaburan emas ini, saya memutuskan untuk bertukar status daripada menyimpan emas kepada berniaga emas.

Apa yang mendorong saya untuk berniaga emas?
  • Kerana saya memang melibatkan diri dalam pelaburan emas.
  • Untuk mendapatkan harga beli emas yang lebih rendah dan mendapatkan harga jual emas yang lebih tinggi.
  • Menyimpan emas bermakna menyimpan kekayaan yang sebenar, menyelamatkan keluarga, membantu negara dan memenuhi suruhan agama. Berniaga emas pula bermakna membantu orang untuk mencapai hal itu semua.
Semoga Allah SWT meredhai niat dan usaha saya dan kita semua. Allahumma amin!

Related Posts with Thumbnails

  ©HIKMAH GOLD - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo