Dikuasakan oleh Blogger.

29 Oktober 2010

TIDAK MAHU MELABUR EMAS



Tulisan kali ini adalah sambungan dari tulisan sebelumnya, iaitu TIDAK TAHU MELABUR EMAS.

Emas telah diketahui sebagai sangat berharga sejak bermulanya tamadun manusia. Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga dan telah digunakan sebagai matawang dalam sejarah.
Pelaburan emas pula merupakan pelaburan yang hebat kerana pada jangka masa yang panjang emas telahpun terbukti memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya. Emas akan menjadi semakin menarik pada masa kemelesetan ekonomi. Ini disebabkan nilai emas semakin meningkat dan nilai wang kertas (fiat) merudum. Namun malangnya tidak ramai orang yang menyedari hal ini.

Pakar psikologi berpandangan, kemahuan untuk melakukan sesuatu didorong oleh rasa perlu (need). Jadi kemahuan itu berasal dari rasa perlu. Orang baru mula membeli emas ketika merasa perlu untuk membelinya, biasanya ketika hendak melangsungkan perkahwinan. Selain dari itu, sangat jarang orang mahu membeli emas.

Di antara sebab ramai orang tidak mahu membeli dan melabur emas:
  1. Kebanyakan orang tidak tahu tentang pelaburan emas.
  2. Sebahagian orang menganggap bahawa pelaburan emas adalah skim (cepat kaya dengan umpan) pelaburan emas dan sangat anti dengannya.
  3. Hanya sedikit yang arif tentang pelaburan emas tapi apa yang diketahui adalah salah.
  4. Segelintir yang tahu banyak tentangnya tidak mahu orang lain turut tahu.
  5. Semua perkara di atas.
Tak kenal maka tak cinta! Maka untuk menumbuhkan rasa mahu dan perlu kepada pelaburan emas, Anda perlu mengenalnya dengan lebih lanjut.

21 Oktober 2010

DOSA RIBA







Video di atas bercerita tentang dosa riba yang sungguh menggerunkan. Berikut ini adalah sedikit keterangan tentang dosa riba yang bersumber dari Al-Quran dan hadith yang disebutkan di dalam video di atas:
  1. Terlibat dengan riba bermakna mengisytiharkan perang kepada Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278-279)
  2. Harta akan musnah dan hilang keberkatan. Kesannya orang yang terlibat dengan riba akan terasa ringan untuk membuat dosa dan sebaliknya akan terasa semakin berat untuk membuat pahala. (al-Baqarah: 276)
  3. Satu dirham riba lebih berat dosanya berbanding 36 kali zina. (H.R. Ahmad)
  4. Riba ada 73 pintu. Dosanya yang paling ringan adalah seperti berkahwin dengan ibu sendiri (sumbang mahram). (H.R. Ibnu Majah dan Hakim)
Bagi Untuk mendapatkan huraian yang lebih jelas tentang hal ehwal riba, sila baca di [sini].

Tinggalkan yang haram, maka Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik dan halal.

13 Oktober 2010

SELALU KENA ROMPAK



Saya suka menggambarkan inflasi sebagai perompak. Dan siapapun yang memiliki wang fiat (wang kertas) pasti akan menjadi mangsa rompakannya. Institusi kewangan seperti bank, syarikat insuran dan syarikat pelaburan pun tak terlepas daripada menjadi mangsa (hanya saja mereka mampu melawannya). Bahkan polis sekalipun akan dirompak oleh inflasi tanpa mampu menangkap dan memasukkannya ke dalam penjara. :)

Jika mereka sudah pasti dirompak, bagaimana pula dengan kita, ibu bapa, isteri/suami, adik-beradik dan orang-orang yang kita sayangi? Sudah tentu kita juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa rompakan?

Tidak ramai orang mengetahui apa itu inflasi. Ramai orang hanya merasakan kesan kenaikan harga tanpa menyedari kewujudan inflasi. Malangnya inflasi akan tetap berlaku samada kita menyedarinya ataupun tidak.

Inflasi boleh ditakrifkan sebagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Hal ini berlaku kerana terdapat terlalu banyak wang yang beredar berbanding barang dan perkhidmatan yang tersedia. Ketika inflasi berlaku, jumlah wang adalah kekal tetapi nilai atau kuasa membeli menjadi berkurang. Ingin tahu lebih jelas tentang inflasi? Sila klik di [sini].
Pada keadaan normal, kadar inflasi adalah sebanyak 5% dalam setahun. Tapi pada masa kemelesetan ekonomi atau kegawatan politik, kadar inflasi boleh meningkat berkali-kali ganda. Kadar inflasi yang sangat tinggi boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Berikut ini adalah senarai mengikut turutan negara yang paling teruk dilanda inflasi:
  • Hungary (July 1946)
  • Zimbabwe (November 2008) USD 1 = 688 billion Zimbabwean Dollar. Jangan klik di [sini] kalau tak mahu melihat kesan inflasi di Zimbabwe.
  • Yugoslavia (January 1994)
  • Germany (Oktober 1923) USD 1 = 4,2 billion Marks
  • Greece (Oktober 1944)
  • Taiwan - Republic of China (Mei 1949)
Rujukan: Wikipedia

Untuk itu, kita perlu sedar tentang kewujudan inflasi. kita boleh memilih samada membiarkannya terus merompak kita dan orang-orang yang kita sayangi ataupun melawannya. Jika sekarang Anda masih menyimpan wang dalam bentuk tunai seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sebagainya, saya mencadangkan supaya Anda segera menukarnya kepada emas.

Jangan biarkan diri Anda dan orang yang Anda sayangi terus dirompak!

07 Oktober 2010

SEJARAH 100 TRILLION ZIMBABWEAN DOLLAR



Cuba kira ada berapa bilangan angka sifar pada wang di atas. Ada 14 (empat belas) angka sifar semuanya. Wow! Satu jumlah wang kertas yang sangat besar. Bahkan ini adalah wang kertas dengan jumlah paling besar yang pernah dicetak dalam sejarah kehidupan umat manusia.

Matawang di atas adalah Zimbabwean Dollar (ZWD). Pada tahun 1980, ZWD mempunyai nilai yang lebih tinggi dari USD dengan perbandingan ZWD 1 = USD 1,47. Tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas (pada tahun 2006-2008), maka nilai ZWD semakin kehilangan nilai dan menyebabkan inflasi besar-besaran.

Sejarah hitam tersebut bermula pada 16 Februari 2006, ketika Gabenor Reserve Bank of Zimbabwe (RZB), Gideon Gono, mengumumkan bahawa pemerintah telah mencetak ZWD 20.5 trillion bagi membeli matawang asing untuk kemudian membayar hutang negara kepada IMF. Setelah itu pemerintah semakin rajin mencetak wang kertas sehingga akhirnya Zimbabwe mengalami hyperinflation.

Pada 16 Januari 2009 pemerintah Zimbabwe mengeluarkan wang kertas ZWD 10 trillion, ZWD 20 trillion, ZWD 50 trillion, ZWD 100 trillion (seperti dalam gambar). Pada saat pengumuman dibuat, nilai ZWD 100 trillion bersamaan dengan USD 30 sahaja.



P/s:

Kini wang tersebut tidak beredar lagi. Walau bagaimanapun ZWD tetap menjadi buruan para peminat dan pengumpul matawang unik atas berbagai alasan, terutama ZWD 1 trillion.

Saya baru saja berjaya mendapatkan ZWD 1 trillion, ZWD 50 trillion dan ZWD 10 trillion melalui internet dari seorang penjual yang jujur. Saya merasa bertuah kerana setelah bersusah payah mencari, akhirnya berjaya juga mendapatkannya. Untuk makluman, saya telah membeli beberapa keping stock terakhir yang dimiliki oleh penjual tersebut. Jika Anda juga berminat untuk memilikinya, sila hubungi saya via sms atau YM atau e-mail. Stock adalah terhad. :) Ingin melihat-lihat? Sila klik di [sini].

05 Oktober 2010

BAGAIMANA KRISIS KREDIT BERLAKU?




Subprime mortgage = peluang kedua pinjaman
Collateralized Debt Obligation (CDO) = sijil hutang yang menjamin pulangan tetap dari peminjam yang dijual oleh bank kepada pembeli (investor)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tujuan menunjukkan situasi yang rumit seperti krisis kredit ini adalah untuk mendedahkan secara ringkas tentang sebuah situasi yang jarang dan tidak diketahui umum.

Projek ini telah dibuat oleh Jonathan Jarvis sebagai sebahagian dari tugas tesisnya di Media Design Program, sebuah studio di Art Center College of Design di Pasadena, California.


P/s:

Video di atas menerangkan bagaimana krisis kredit boleh berlaku dan kemudian akan menyebabkan kegawatan ekonomi.

Ingin mengetahui gambaran, ulasan dan pandangan Islam tentang krisis ekonomi di Amerika Syarikat pada tahun 2008 yang disebabkan oleh krisis kredit? Sila baca tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman di [sini].

Related Posts with Thumbnails

  ©HIKMAH GOLD - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo