Dikuasakan oleh Blogger.

30 Disember 2010

ZUHUD

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan bahawa zuhud adalah meninggalkan yang tidak bermanfaat di akhirat. bezanya dengan wara' adalah meninggalkan apa yang dikhuatirkan berbahaya di akhirat.

Manakala menurut Sufyan al-Thawri, zuhud di dunia bermakna tidak panjang angan-angan. Tapi bukan sekadar dengan memakan makanan yang keras atau memakai pakaian yang kasar. (Madarik al-Salikin: 284)

Hasan al-Basri pula berpandangan bahawa zuhud di dunia bukan bererti mengharamkan yang halal atau tidak menghiraukan harta.

Imam Ahmad bin Hanbal membahagikan zuhud kepada 3 bahagian:
  1. Meninggalkan yang haram. Ini adalah zuhud orang awam (zuhd al-'awwam). Menurut Ibnu al-Qayyim, sikap sebegini hukumnya fardhu 'ain.
  2. Meninggalkan sikap berlebihan terhadap perkara yang halal. Ini merupakan zuhud orang-orang khusus (zuhd al-khawwas).
  3. Meninggalkan semua perkara yang boleh menyibukkan diri dari Allah. Disebut dengan zuhud orang-orang arif (zuhd al-'arifin)

27 Disember 2010

PELABUR EMAS PALING MUDA

Saya mula mengenal pelaburan emas pada tahun 2008. Ketika itu saya berusia 24 tahun dan masih menuntut di salah satu IPTA di Indonesia. Pada waktu itu saya telah berazam untuk segera memulakan pelaburan emas saya yang pertama. Tapi kerana sumber kewangan yang terhad, saya baru berjaya memulakannya 2 tahun kemudian, iaitu pada awal tahun 2010.

Saya agak teruja dengan tindakan salah seorang pelajar saya, Muhammad Aiman Na'im Bin Nor Amizi. Pada hari Khamis, 23 Disember 2010 yang lepas dia telah membeli emas dalam bentuk 1 dinar dari saya pada harga RM 630 sahaja. Itu adalah pengalaman pertamanya membeli emas dan dalam masa yang sama menjadikannya sebagai seorang pelabur emas.
Perkara yang membuat saya begitu teruja adalah dia masih lagi belajar di tingkatan 2 di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Mungkin dia bukanlah pelabur emas paling muda di dunia. Tapi tindakannya untuk membeli emas dengan wang simpanannya sendiri merupakan tindakan yang luar biasa bagi seseorang yang baru berusia 14 tahun. Sedangkan ramai lagi orang dewasa beralasan tidak pernah mempunyai wang yang cukup untuk membeli emas.

Tahniah saya ucapkan kepada Muhammad Aiman Na'im Bin Nor Amizi. Semoga tindakannya akan segera diikuti oleh rakan-rakan, guru-guru dan juga warga MTNP yang lain. :)

17 Disember 2010

PERAK SEBAGAI ALTERNATIF PELABURAN



Perbandingan harga emas dan perak berbeza-beza setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Dalam video di bawah, dimaklumkan bahawa perbandingan harga emas dan perak pada tahun 2009 adalah 69:1. Harga 1 gram emas bersamaan harga 69 gram perak pada tahun 2009.


Pada hari Jumaat, 17hb Disember 2010, perbandingan harga 1 oz (31,10 gram) perak dan emas mengikut www.kitco.com adalah USD 29 : USD 1376 atau 47:1.

Mari kita hitung, berapa banyak kenaikan harga perak berbanding emas dalam setahun terakhir.
= ( 69 - 47 ) / 47
= 22 / 47
= 0,468
= 46,8%

Kenaikan harga perak setahun terakhir ini lebih baik berbanding emas sebanyak 46,8%. Wow!

Pada tahun depan, kenaikan harga perak dijangka akan lebih baik lagi. Banyak sebab yang membolehkan hal itu berlaku. Kononnya sekarang tiada lagi lombong perak. Kalau benar begitu, bermakna perak yang ada sekarang berasal daripada kitar semula. Ketika demand (permintaan) terhadap perak lebih besar dari supply (bekalan), maka harga perak akan melambung tinggi. Permintaan terhadap perak terus ada dan meningkat kerana beberapa hal:
  1. Harga perak masih under value.
  2. Harga perak sangat murah berbanding harga emas.
  3. Perak digunakan untuk berbagai keperluan industri.
  4. Penggunaan perak dalam bentuk dirham sebagai matawang di beberapa negara.
  5. Kepercayaan sebahagian masyarakat bahawa perak lebih tinggi dari emas.
  6. Kepercayaan masyarakat dunia terhadap wang fiat semakin berkurang.
Jadi, sekarang adalah peluang terbaik untuk melabur perak di samping tetap melabur emas. Saya sudahpun mula melabur perak dalam bentuk jongkong dari Public Gold dan Dirham Kelantan. Kenapa saya turut memilih Dirham Kelantan? Dapatkan jawapannya pada entry [ini].

12 Disember 2010

HAL-HAL YANG MEMPENGARUHI HARGA EMAS


Emas dalam jangka masa panjang akan sentiasa meningkat. Tapi dalam jangka masa pendek akan naik dan turun mengikut keadaan. Ada beberapa hal yang mempengaruhi naik turunnya harga emas di pasaran, iaitu:

1. Inflasi
Inflasi adalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pada keadaan normal, dalam setahun kadar inflasi ialah sebanyak 4-5%. Namun jika berlaku kemelesetan ekonomi, kadar inflasi boleh meningkat berkali-kali ganda dari kadar nomal. Khabar baiknya (bagi yang menyimpan emas), kadar inflasi tidak pernah mengalahkan kadar kenaikan harga emas. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi pula harga emas.

2. Kegawatan politik global
Jika berlaku peperangan di suatu negara, maka keadaan ekonomi negara tersebut akan terjejas. Dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi keadaan ekonomi global. Sebagai contoh, perang di Iraq. Iraq adalah salah satu negara pengeluar minyak. Dengan berlakunya perang di sana, harga minyak global telah mengalami kenaikan dan hal ini turut mempengaruhi harga emas. Hal ini akan diterangkan lebih lanjut pada point nombor 4.

3. Naik turun harga dollar
Di antara yang mempengaruhi harga emas adalah nilai MYR terhadap USD. Disebabkan harga semasa (spot price) emas dunia adalah dalam USD, maka sekiranya nilai MYR melemah terhadap USD, harga emas akan tinggi. Begitu pula sebaiknya.

4. Kenaikan harga minyak
Ekonomi dunia sekarang ini sangat bergantung kepada harga minyak. Minyak dan emas adalah kawan yang sangat rapat. :) Setidaknya, itulah yang berlaku sejak 60 tahun terakhir. Jika harga minyak naik, harga barang dan perkhidmatan yang lain juga akan ikut naik. Dan pastinya harga minyak akan terus naik disebabkan simpanan minyak dunia yang terhad dan semakin berkurangan. Ini adalah hukum supply & demand sebagai mana yang akan diterangkan pada point di bawah.

5. Supply & demand
Semua harga barang dan perkhidmatan selalunya ditentukan oleh supply dan demand. Jika berlaku high demand bersamaan dengan low supply, maka harga akan melambung tinggi. Begitu pula sebaliknya. Hal yang sama juga berlaku untuk harga emas. :)

09 Disember 2010

KENAPA MELABUR EMAS?


Ada banyak jawapan dari soalan di atas. Di sini saya akan menyenaraikan beberapa sebab kenapa seseorang perlu melabur dalam emas. Di antaranya ialah:
  1. Security - selamat daripada dirompak oleh inflasi, cukai, admin fee, dan lain-lain.
  2. Protection - emas adalah penyimpan nilai yang baik dalam jangka masa panjang.
  3. Liquid - cepat dan mudah untuk mendapatkan duit segera dengan menjual atau menggadainya.
  4. Profitable - keanaikan harga emas di atas 20% membolehkan pelaburnya mendapat keuntungan yang lumayan.
  5. Portable - senang dibawa dan disimpan di mana sahaja.
  6. Durable - tahan lasak dan tidak boleh dimusnahkan serta tetap bernilai walaupun dalam bentuk pasir.
  7. Ownership & Stewardship - sendiri punya, sendiri mahu urus ikut suka.
  8. Privacy - hanya Tuhan dan pemilik emas sahaja yang tahu berapa banyak dan di mana emas disimpan.
  9. Low Risk - pelaburan emas adalah pelaburan dengan risiko yang sangat rendah.
  10. Tax & Admin Free - bebas dari cukai keuntungan (gain tax) dan sebarang kos pengurusan.
  11. Beauty & Pride - emas sebagai simbol kecantikan, kekayaan dan kekuasaan
  12. Worldwide Acceptable - diterima serta diiktiraf sebagi sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia.

02 Disember 2010

KAYA DI DUNIA, BAHAGIA DI SYURGA



Dan cari apa yang dianugerahkan oleh Allah kepadamu akan negeri akhirat dan jangan lupabahagianmu di dunia. Dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berbuat kerosakan. (al-Qasas: 77)

Menjadi orang kaya adalah impian ramai orang. Tapi menjadi orang kaya yang bertaqwa adalah suatu pilihan. Oleh itu kita dapat melihat ada orang kaya yang memilih menjadi orang kaya yang bertaqwa dan selebihnya menjadi kaya dengan berbagai cara tanpa mengambil berat halal dan haram.

Bercita-cita untuk menjadi orang kaya sehingga kekayan tersebut boleh digunakan untuk beramal soleh lebih banyak bukan angan yang sia-sia. Bahkan walau sekadar angan, hal tersebut telah mendapat nilai di sisi Allah. Sebagaimana sabda baginda SAW, "Menanti-nanti (dengan harap) kelapangan (sehingga boleh beramal soleh) adalah suatu ibadah." (H.R. Bukhari)
Sebaliknya, Rasulullah SAW memperingatkan bahaya kefaqiran dalam sabdanya, "Kefaqiran itu lebih dekat kepada kekufuran." (H.R. Baihaqi). Saidina Ali KW pula menyebutkan, "Sekiranya wujud kemiskinan sperti manusia, maka aku akan membunuhnya."

Namun pada akhir zaman ini untuk menjadi kaya dengan cara yang halal bukan perkara yang mudah, walaupun tidak mustahil. Oleh sebab itu, hanya orang yang bertaqwa sahaja yang memilih jalan yang selamat dengan meninggalkan cara yang syubhat apatah lagi cara yang tidak halal seperti riba, rasuah, menipu atau berjudi.

Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman "Syaitan menjanjikan (membuat takut) dengan kefaqiran dan menyuruhmu untuk berbuat buruk (supaya tidak faqir)." (al-Baqarah: 268)

Boleh jadi orang yang terlibat dengan cara-cara yang tidak halal tergolong ke dalam golongan yang disebutkan pada ayat di atas.

Semoga dalam perjalanan menjadi orang kaya kita terhindar dari cara-cara yang syubhat dan haram. Dan semoga Allah memudahkan jalan kita dengan hanya memilih cara yang halal supaya rezeki yang kita dapat berkat dan akhirnya menjadi orang yang kaya di dunia serta kelak bahagia di syurga. Amin!
Tinggalkan yang haram! Maka Allah akan menggantinya dengan yang halal dan lebih baik.

Related Posts with Thumbnails

  ©HIKMAH GOLD - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo