Dikuasakan oleh Blogger.

29 September 2012

PUBLIC GOLD SCAM?

Dalam gambar di atas ditunjukkan bahawa Public Gold tersenarai (nombor 62) dalam Bank Negara Malaysia Alert List pada tarikh 27 September 2012.

Memandangkan senarai ini diwujudkan bagi tujuan memberi amaran kepada orang awam supaya berhati-hati terhadap penipuan oleh syarikat pelaburan yang tersenarai itu, maka timbul persoalan apakah Public Gold juga sebuah scam (penipuan)?

Bagi sebahagian orang yang tidak suka kepada Public Gold, perkara ini boleh menjadi senjata untuk memburuk-burukkan Public Gold. :D Manakala sebahagian pengedar Public Gold  (termasuk saya) pula berasa keliru, cemas dan tertanya-tanya mengapa perkara ini boleh berlaku dan apakah puncanya sambil berharap semoga pihak pengurusan dapat mengatasi masalah ini dengan segera. :)

Saya sendiri selama terlibat sebagai pengedar Public Gold sejak Oktober 2010 (hampir 2 tahun) tidak pernah mendengar aduan ataupun rungutan daripada pelanggan saya tentang perkhidmatan Public Gold. Dan saya sendiri sejauh ini melihat tiada yang bermasalah dengan perjalanan syarikat.

Sekiranya keadaan ini berterusan (semoga tidak demikian), tiada pelanggan yang dirugikan memandangkan para pelanggan Public Gold telah mendapatkan emas/perak yang dibeli dan seterusnya menyimpan sendiri emas/perak mereka.

Wallahu ta'ala a'lam.

Related Posts with Thumbnails

  ©HIKMAH GOLD - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo