Dikuasakan oleh Blogger.

31 Januari 2012

FAKTA HARGA EMAS DAN PERAK TAHUN 2011

Perkongsian ini saya dapatkan dari status facebook En. Wazir Tokey Emas dan saya rasa ia amat baik untuk dikongsi kepada orang ramai.
  • Kenaikan harga emas pada tahun 2011 sebanyak 36%, iaitu bermula pada bulan Januari sehingga September 2011 (dalam tempoh 8 bulan sahaja)
  • Kenaikan harga perak pada tahun 2011 sebanyak 80%, iaitu bermula pada bulan Januari sehingga Mei 2011 (dalam tempoh 5 bulan sahaja)
Walaupun begitu, tidak sedikit pelabur-pelabur emas dan perak yang merasa rugi dengan pelaburan mereka pada tahun lepas. Anda rasa, apakah puncanya? Saya sendiri berpandangan hal itu berpunca kerana mereka tidak membekalkan diri dengan ilmu yang cukup sebelum mengambil keputusan untuk melabur dalam emas dan perak.

Sepatutnya, sebelum kita masuk dalam sesebuah pelaburan, kita telahpun nampak di mana dan bagaimana jalan keluarnya ketika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak kita harapkan bagi meningkatkan keuntungan dan mengelakkan kerugian. Prinsip ini berlaku untuk semua jenis pelaburan pilihan Anda.

Fikir-fikirkanlah!

P/s: Walaupun telah terlibat secara tidak langsung sejak tahun 2008 dan secara langsung sejak tahun 2010, saya sendiri mengakui masih banyak kekurangan dan kelemahan dalam pelaburan emas dan perak. Tapi saya sentiasa berusaha mencuba untuk terus memperbaikinya. Usah dikenang kerugian yang lalu! Bersedialah untuk mendapatkan keuntungan yang sedang menanti di hadapan! Pilihan di tangan masing-masing. :)

Seja o primeiro a comentar

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

  ©HIKMAH GOLD - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo