Dikuasakan oleh Blogger.

01 September 2010

BERMULANYA LANGKAH EMAS



Assalamu 'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh

Saya mula mengenal pelaburan emas sejak menyertai Seminar Berkebun Emas oleh Rully Kustandar, salah seorang mentor saya di Entrepreneur University, pada bulan Ogos 2008. Pada masa itu saya masih lagi di tahun akhir pengajian saya di peringkat ijazah sarjana muda. Saya belum ada wang untuk melabur dalam emas.

Tapi setelah mendapat pendedahan dari seminar tersebut, saya mula mempelajari dengan lebih mendalam tentang pelaburan emas. Dalam pencarian saya tentang maklumat pelaburan emas, akhirnya saya terjumpa dengan blog jutawanemas.com yang banyak mendedahkan kepada saya tentang pelaburan emas di Malaysia.

Bermula pada 11 Februari 2010 yang lepas, saya telahpun memulakan pelaburan emas pertama saya dengan membeli sebuah Public Gold 20gr bernombor siri P 004729 dengan harga RM 2633 (termasuk kos penghantaran RM 10). Seminggu yang lepas, saya baru sahaja membeli lagi Public Gold 20 gr dengan harga RM 2840 (termasuk kos penghantaran).

Kini selepas 2 (dua) tahun sejak mula mempelajari, mengikuti serta terlibat langsung dengan perkembangan dunia pelaburan emas ini, saya memutuskan untuk bertukar status daripada menyimpan emas kepada berniaga emas.

Apa yang mendorong saya untuk berniaga emas?
  • Kerana saya memang melibatkan diri dalam pelaburan emas.
  • Untuk mendapatkan harga beli emas yang lebih rendah dan mendapatkan harga jual emas yang lebih tinggi.
  • Menyimpan emas bermakna menyimpan kekayaan yang sebenar, menyelamatkan keluarga, membantu negara dan memenuhi suruhan agama. Berniaga emas pula bermakna membantu orang untuk mencapai hal itu semua.
Semoga Allah SWT meredhai niat dan usaha saya dan kita semua. Allahumma amin!

4 Comentários:

Ibtihaj berkata... [Reply to comment]

Assalamu'alaikum...
Kullu 'am wa nahnu ilallahi aqrab!

Tahniah atas tekad dan semangat saudara dari menyimpan emas kepada berniaga emas!Barokallhu fiik!
Semoga setiap langkah sentiasa diiringi hidayah dan redhaNya. Amin.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

@Ibtihaj

Wa 'alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuh

Terima kasih atas kesudian Saudari memberi ulasan dan doa atas ikhtiar saya ini. Semoga Allah SWT membalas keabikan Saudari dengan balasan yang lebih baik dan berlipat ganda. Allahumma amin!

Wassalamu 'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

salam..sy berminat dgn perniagaan emas..bgaimana sy utk bermula?

Unknown berkata... [Reply to comment]

@Tanpa Nama

W'salam.

Untuk berniaga emas, pertama sekali kita perlu ada ilmu tentang [1] emas itu sendiri dan juga [2] ilmu tentang perniagaan emas serta [3] arif tentang bentuk dan jenis emas yang hendak kita jual dan beli.

Yang kedua, kita perlu ada modal untuk berjual beli emas. Modal pertama saya adalah emas yang sebelum ini pernah saya beli dan simpan.

Untuk lebih jelas, sila hantar e-mail dan tanyakan hal-hal yang ingin Anda tahu lebih detail.

Terima kasih!

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

  ©HIKMAH GOLD - Todos os direitos reservados.

Template by Dicas Blogger | Topo