DUIT VS EMAS
Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan pada kami, Syahib Bin Gharqadah menceritakan pada kami, ia berkata, "Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu Dinar kepadanya untuk membeli seekor kambing. Lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia menjual seekor kambing dengan harga satu Dinar. Ia kembali (kepada Nabi) dengan membawa satu Dinar dan seekor Kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya, bahawa seandainya 'Urwah membeli tanah sekalipun, ia pasti mendapat untung'." (H.R. Bukhari, No. 3642)
Dari hadith tersebut dapat disimpulkan bahawa pada zaman Nabi Muhammad SAW harga seekor kambing adalah satu Dinar. Kesimpulan ini diambil dari fakta bahawa Rasulullah SAW adalah orang yang sangat adil, tentu beliau tidak akan meminta ‘Urwah membeli kambing dengan wang yang kurang atau lebih.
Walaupun ‘Urwah boleh membeli dua ekor kambing dengan wang satu Dinar Emas, ini mungkin disebabkan kepandaiannya dalam berniaga, sehingga dalam hadith tersebut ia didoakan khusus oleh Nabi SAW. Tapi kemudian terbukti ‘Urwah pun menjual salah satu kambing tersebut dengan harga satu Dinar Emas. Kerana di manapun dan sampai bila-bila akan ada kambing yang berbeza dari segi berat, ukuran dan jenisnya. Kita anggap sahaja kambing yang dimaksud pada hadith di atas adalah kambing bersaiz sederhana.
Itu harga kambing dalam Dinar Emas. Tapi berapa harga kambing dalam mata wang lainya? Harga kambing 10 tahun lepas, sekarang atau 10 tahun lagi akan semakin mahal. Dengan RM 150 ribuan pada 10 tahun lepas, kita boleh membeli seekor kambing. Tapi sekarang harga kambing 3-4 kali lebih mahal dan akan terus bertambah mahal. Padahal harga kambing dalam Dinar Emas pada zaman Nabi SAW, sekarang dan bahkan pada masa yang akan datang adalah kekal.
Jadi, apakah wang yang kita pergunakan sehari-hari memiliki fungsi sebagai
store of value
(m
enyimpan nilai
)? Dari penjelasan di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa jawapannya adalah TIDAK. Setiap saat secara perlahan dan pasti nilai wang dirompak oleh perompak yang tidak akan pernah ditangkap oleh polis kerana perompak tersebut bernama INFLASI.
Ketika inflasi berlaku, masyarakat mengeluh kerana semua harga barang menjadi semakin tinggi. Padahal bukan harga barang yang naik tapi nilai wang yang jatuh. Tapi nilai emas tidak begitu. Nilai emas akan tetap, sama seperti harga barang sebagaimana keterangan di atas bahawa harga kambing dulu, kini dan akan datang adalah kekal 1 Dinar Emas.
Dalam pemerhatian saya, krisis ekonomi yang mengakibatkan inflasi besar-besaran akan berlaku dalam 10 tahun sekali. Sebelum ini pernah berlaku pada tahun 1997 dan 2008. Untuk itu, saya mencadangkan jika Anda memiliki simpanan wang yang banyak supaya menyimpannya dalam bentuk emas. Emas tersebut boleh dalam bentuk jongkong ataupun Dinar Emas.
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan