PELABUR EMAS PALING MUDA
Saya mula mengenal pelaburan emas pada tahun 2008. Ketika itu saya berusia 24 tahun dan masih menuntut di salah satu IPTA di Indonesia. Pada waktu itu saya telah berazam untuk segera memulakan pelaburan emas saya yang pertama. Tapi kerana sumber kewangan yang terhad, saya baru berjaya memulakannya 2 tahun kemudian, iaitu pada awal tahun 2010.
Saya agak teruja dengan tindakan salah seorang pelajar saya, Muhammad Aiman Na'im Bin Nor Amizi. Pada hari Khamis, 23 Disember 2010 yang lepas dia telah membeli emas dalam bentuk 1 dinar dari saya pada harga RM 630 sahaja. Itu adalah pengalaman pertamanya membeli emas dan dalam masa yang sama menjadikannya sebagai seorang pelabur emas.
Perkara yang membuat saya begitu teruja adalah dia masih lagi belajar di tingkatan 2 di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Mungkin dia bukanlah pelabur emas paling muda di dunia. Tapi tindakannya untuk membeli emas dengan wang simpanannya sendiri merupakan tindakan yang luar biasa bagi seseorang yang baru berusia 14 tahun. Sedangkan ramai lagi orang dewasa beralasan tidak pernah mempunyai wang yang cukup untuk membeli emas.
Tahniah saya ucapkan kepada Muhammad Aiman Na'im Bin Nor Amizi. Semoga tindakannya akan segera diikuti oleh rakan-rakan, guru-guru dan juga warga MTNP yang lain. :)
4 Comentários:
Masya Allah! Tahniah buat beliau dan juga kepada Ustaz yang membimbing! Semoga sentiasa memperoleh keberkatan dan keredhaan-Nya. Amin.
Alhamdulillah... Syukran...
Tahniah buat lu dan anak murid lu... Gua ucapkan selamat melabur...
maahad tahfiz tanjung lumpur???
mudah-mudahan dapat diserapkan lebih menyeluruh kepada rakannya yang lain.
Catat Ulasan