PERAK SEBAGAI ALTERNATIF PELABURAN
Perbandingan harga emas dan perak berbeza-beza setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Dalam video di bawah, dimaklumkan bahawa perbandingan harga emas dan perak pada tahun 2009 adalah 69:1. Harga 1 gram emas bersamaan harga 69 gram perak pada tahun 2009.
Pada hari Jumaat, 17hb Disember 2010, perbandingan harga 1 oz (31,10 gram) perak dan emas mengikut www.kitco.com adalah USD 29 : USD 1376 atau 47:1.
Mari kita hitung, berapa banyak kenaikan harga perak berbanding emas dalam setahun terakhir.
= ( 69 - 47 ) / 47
= 22 / 47
= 0,468
= 46,8%
Kenaikan harga perak setahun terakhir ini lebih baik berbanding emas sebanyak 46,8%. Wow!
Pada tahun depan, kenaikan harga perak dijangka akan lebih baik lagi. Banyak sebab yang membolehkan hal itu berlaku. Kononnya sekarang tiada lagi lombong perak. Kalau benar begitu, bermakna perak yang ada sekarang berasal daripada kitar semula. Ketika demand (permintaan) terhadap perak lebih besar dari supply (bekalan), maka harga perak akan melambung tinggi. Permintaan terhadap perak terus ada dan meningkat kerana beberapa hal:
- Harga perak masih under value.
- Harga perak sangat murah berbanding harga emas.
- Perak digunakan untuk berbagai keperluan industri.
- Penggunaan perak dalam bentuk dirham sebagai matawang di beberapa negara.
- Kepercayaan sebahagian masyarakat bahawa perak lebih tinggi dari emas.
- Kepercayaan masyarakat dunia terhadap wang fiat semakin berkurang.
Jadi, sekarang adalah peluang terbaik untuk melabur perak di samping tetap melabur emas. Saya sudahpun mula melabur perak dalam bentuk jongkong dari Public Gold dan Dirham Kelantan. Kenapa saya turut memilih Dirham Kelantan? Dapatkan jawapannya pada entry [ini].
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan