ZUHUD
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan bahawa zuhud adalah meninggalkan yang tidak bermanfaat di akhirat. bezanya dengan wara' adalah meninggalkan apa yang dikhuatirkan berbahaya di akhirat.
Manakala menurut Sufyan al-Thawri, zuhud di dunia bermakna tidak panjang angan-angan. Tapi bukan sekadar dengan memakan makanan yang keras atau memakai pakaian yang kasar. (Madarik al-Salikin: 284)
Hasan al-Basri pula berpandangan bahawa zuhud di dunia bukan bererti mengharamkan yang halal atau tidak menghiraukan harta.
Imam Ahmad bin Hanbal membahagikan zuhud kepada 3 bahagian:
- Meninggalkan yang haram. Ini adalah zuhud orang awam (zuhd al-'awwam). Menurut Ibnu al-Qayyim, sikap sebegini hukumnya fardhu 'ain.
- Meninggalkan sikap berlebihan terhadap perkara yang halal. Ini merupakan zuhud orang-orang khusus (zuhd al-khawwas).
- Meninggalkan semua perkara yang boleh menyibukkan diri dari Allah. Disebut dengan zuhud orang-orang arif (zuhd al-'arifin)
Seja o primeiro a comentar
Catat Ulasan